Watak-watak sampingan K-On!

Sawako Yamanaka (山中 さわ子, Yamanaka Sawako)Disuarakan oleh: Asami Sanada (Bahasa Jepun), Karen Strassman (Bahasa Inggeris)Sawako ialah guru penaung kelab muzik. Dia ialah bekas pelajar sekolah ini, seorang guru muzik, dan juga ialah anggota kelab muzik ini pada suatu ketika dahulu. Kerana masa lalunya yang buruk diketahui Ritsu, akhirnya dia bersedia menjadi pembimbing kelab ini. Pada waktu masih menjadi anggota kelab muzik, Sawako ialah pemain gitar seperti Yui dan Azusa.Nodoka Manabe (真鍋 和, Manabe Nodoka)Disuarakan oleh: Chika Fujitō (Bahasa Jepun), Laura Bailey (Bahasa Inggeris)Nodoka ialah sahabat Yui sejak kecil dan anggota majlis pelajar. Dia selalu memperhatikan kelab muzik kerana ada Yui di dalamnya. Pada ketika di kelas 2, dia satu kelas dengan Mio dan kemudian akhirnya mereka berdua menjadi erat.Ui Hirasawa (平沢 憂, Hirasawa Ui)Disuarakan oleh: Madoka Yonezawa (Bahasa Jepun), Xanthe Huynh (Bahasa Inggeris)Ui ialah adik Yui. Dia masuk ke sekolah yang sama dengan Yui. Dia berada di kelas yang sama dengan Azusa dan sering pergi bersamanya. Sifatnya terbalik dibandingkan dengan Yui, Ui ialah anak yang rajin, pandai memasak dan seseorang bersifat dewasa. Namun demikian, dia selalu berbangga akan Yui, kakaknya.Jun Suzuki (鈴木 純, Suzuki Jun)Disuarakan oleh: Yoriko Nagata (Bahasa Jepun), Michelle Ann Dunphy (Bahasa Inggeris)Teman sekelas Azusa dan Ui, dan kelihatan sering berpergian bersama Ui. Ui menyuruhnya menyertai kelab muzik ringan sekolah mereka namun gagal kerana Jun berasa kelab itu aneh. Jun juga mempunyai seekor binatang peliharaan iaitu seekor kucing Anggora. Jun sangat menyesali pilihannya tidak mahu menyertai kelab tersebut apabila dia mengetahui aktiviti-aktiviti kelab itu.Megumi Sogabe (曾我部 惠, Sogabe Megumi)Disuarakan oleh: Asumi Kodama (Bahasa Jepun), Amanda C. Miller (Bahasa Inggeris)Megumi ialah ketua OSIS[Penjelasan diperlukan] sebelum Nodoka, dia juga ketua kelab penggemar atau disebut juga Kelab Peminat Mio. Dia sering menghendap Mio semasa beberapa hari terakhirnya di sekolah kerana dia ingin melihat Mio sekali lagi. Pada minggu terakhir sebelum dia berhenti sekolah, dia memerhatikan Mio sehingga Mio berasa sangat takut. Megumi muncul dalam anime dalam episode ke-6 dan ke-7.